KUALA LUMPUR, 25 Mei 2017: Sebagai sebahagian dari Kempen Sarapannya, MILO® terus menekankan
kepentingan sarapan dengan mendidik ibu bapa tentang keperluan tenaga harian
yang diperlukan oleh anak-anak mereka, dan juga betapa pentingnya memulakan
hari mereka dengan Sahur yang sihat dan
berkhasiat untuk menghadapi kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.
Ibu bapa mempunyai jangkaan yang berbeza tentang keperluan tenaga harian
anak-anak mereka, serta apa yang diperlukan bagi membantu mereka melakukan
pelbagai aktiviti di sekolah dan selepas waktu sekolah. Sahur yang seimbang
untuk kanak-kanak di bulan Ramadhan memberikan mereka tenaga yang secukupnya
untuk berpuasa, tetapi yang lebih penting ialah memastikan yang makanan yang
diambil itu berkhasiat dan penuh dengan tenaga yang diperlukan oleh kanak-kanak
yang sedang membesar.
Sebuah kajian dalaman oleh MILO® mendedahkan
yang seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kcal pada hari
persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk
aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berenang sejauh 50 pusingan
dalam kolam renang, malah seperti berlari separuh marathon. Semua ini diukur dengan menganggarkan jumlah
tenaga yang digunakan oleh seorang kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti seperti
melalui sesi persekolahan, tuisyen, aktiviti sukan sepanjang hari, dari saat
mereka bangun pagi hinggalah mereka tidur.
“MILO® masih terus menggalakkan sarapan, dan kami ingin memupuk tabiat
sarapan di kalangan warga Malaysia, terutamanya kanak-kanak, supaya mereka
dapat memulakan hari dengan bertenaga.
Ini sangat penting terutama pada bulan Ramadhan, kerana kanak-kanak yang
berpuasa memerlukan lebih banyak tenaga untuk melalui hari mereka. Sahur yang
berkhasiat, diambil bersama MILO® akan menetapkan momentum tubuh mereka,
memastikan mereka bertenaga untuk berpuasa sepanjang hari,” jelas Nurul Iliani
Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad pada acara Bersahur
Dengan MILO® di SK Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri di Cheras.
Untuk membantu kanak-kanak mendapatkan
yang terbaik dari Sahur mereka, MILO® mengesyorkan makanan seimbang berdasarkan
konsep Malaysian Healthy Plate. Ini termasuk separuh bahagian buah-buahan dan
sayur-sayuran, suku bahagian untuk karbohidrat dan suku bahagian protin,
diambil dengan secawan MILO® yang membantu melepaskan tenaga dari Sahur mereka
dengan berkesan.
“Kanak-kanak boleh kekal aktif sepanjang hari jika mereka mengambil
Sahur yang berkhasiat dengan MILO®, yang mengandungi kalsium, Activ-Go™, satu
kombinasi unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting. Selain memberikan mereka
tenaga untuk lebih aktif, kandungan vitamin dan mineralnya membantu tumbesaran
dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,” tambah Nurul Iliani.
Sebagai sebahagian dari usaha untuk mendekati lebih ramai rakyat
Malaysia dan menekankan kepentingan sarapan sepanjang Ramadhan, MILO® akan
melawat 40 buah sekolah di seluruh negara bagi mendidik lebih 40,000 pelajar
tentang pentingnya Bersahur dengan MILO® untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadan.
Untuk maklumat lanjut tentang
tip-tip makanan yang dipadankan dengan MILO®, sila lawat www.milo.com.my
- END -