Monday, May 29, 2017

MILO® memupuk kepentingan sahur bagi keperluan tenaga kanak-kanak sepanjang Ramadhan


KUALA LUMPUR, 25 Mei 2017: Sebagai sebahagian dari Kempen Sarapannya, MILO® terus menekankan kepentingan sarapan dengan mendidik ibu bapa tentang keperluan tenaga harian yang diperlukan oleh anak-anak mereka, dan juga betapa pentingnya memulakan hari mereka dengan Sahur yang sihat dan  berkhasiat untuk menghadapi kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.

Ibu bapa mempunyai jangkaan yang berbeza tentang keperluan tenaga harian anak-anak mereka, serta apa yang diperlukan bagi membantu mereka melakukan pelbagai aktiviti di sekolah dan selepas waktu sekolah. Sahur yang seimbang untuk kanak-kanak di bulan Ramadhan memberikan mereka tenaga yang secukupnya untuk berpuasa, tetapi yang lebih penting ialah memastikan yang makanan yang diambil itu berkhasiat dan penuh dengan tenaga yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar.

Sebuah kajian dalaman oleh MILO® mendedahkan yang seorang kanak-kanak menggunakan tenaga sehingga 1,500 kcal pada hari persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, berenang sejauh 50 pusingan dalam kolam renang, malah seperti berlari separuh marathon.  Semua ini diukur dengan menganggarkan jumlah tenaga yang digunakan oleh seorang kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti seperti melalui sesi persekolahan, tuisyen, aktiviti sukan sepanjang hari, dari saat mereka bangun pagi hinggalah mereka tidur.


“MILO® masih terus menggalakkan sarapan, dan kami ingin memupuk tabiat sarapan di kalangan warga Malaysia, terutamanya kanak-kanak, supaya mereka dapat memulakan hari dengan bertenaga.  Ini sangat penting terutama pada bulan Ramadhan, kerana kanak-kanak yang berpuasa memerlukan lebih banyak tenaga untuk melalui hari mereka. Sahur yang berkhasiat, diambil bersama MILO® akan menetapkan momentum tubuh mereka, memastikan mereka bertenaga untuk berpuasa sepanjang hari,” jelas Nurul Iliani Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad pada acara Bersahur Dengan MILO® di SK Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri di Cheras.   

Untuk membantu kanak-kanak mendapatkan yang terbaik dari Sahur mereka, MILO® mengesyorkan makanan seimbang berdasarkan konsep Malaysian Healthy Plate.  Ini termasuk separuh bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran, suku bahagian untuk karbohidrat dan suku bahagian protin, diambil dengan secawan MILO® yang membantu melepaskan tenaga dari Sahur mereka dengan berkesan.  


“Kanak-kanak boleh kekal aktif sepanjang hari jika mereka mengambil Sahur yang berkhasiat dengan MILO®, yang mengandungi kalsium, Activ-Go™, satu kombinasi unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting. Selain memberikan mereka tenaga untuk lebih aktif, kandungan vitamin dan mineralnya membantu tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,” tambah Nurul Iliani.

Sebagai sebahagian dari usaha untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dan menekankan kepentingan sarapan sepanjang Ramadhan, MILO® akan melawat 40 buah sekolah di seluruh negara bagi mendidik lebih 40,000 pelajar tentang pentingnya Bersahur dengan MILO® untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadan.

Untuk maklumat lanjut tentang tip-tip makanan yang dipadankan dengan MILO®, sila lawat www.milo.com.my


- END -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...