Review by Ramzan Pittli
Acara ATM Half Marathon 2017 pada 12 Nov 2017 adalah pertama kali diadakan di Malaysia iaitu disekitar Port Dickson di Negeri Sembilan. Pelbagai acara menarik yang diadakan iaitu acara utama ialah larian sejauh 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer. Selain itu, acara persembahan pancaragam dari ATM, persembahan nyanyian dari band yang terkemuka dan pelbagai lagi acara yang menarik yang dipersembahkan oleh ATM. Acara ini diadakan seawal pukul 5.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Dianggarkan seramai 12,000 pelari yang menyertai acara ATM Half Marathon 2017 ini.
Check result here
Acara ATM Half Marathon 2017 pada 12 Nov 2017 adalah pertama kali diadakan di Malaysia iaitu disekitar Port Dickson di Negeri Sembilan. Pelbagai acara menarik yang diadakan iaitu acara utama ialah larian sejauh 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer. Selain itu, acara persembahan pancaragam dari ATM, persembahan nyanyian dari band yang terkemuka dan pelbagai lagi acara yang menarik yang dipersembahkan oleh ATM. Acara ini diadakan seawal pukul 5.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Dianggarkan seramai 12,000 pelari yang menyertai acara ATM Half Marathon 2017 ini.
Kategori Larian
Kategori larian yang dipertandingkan adalah bagi kategori 21
kilometer mempunyai kategori lelaki terbuka Malaysia / wanita terbuka Malaysia,
Lelaki antarabangsa / wanita antarabangsa, Lelaki tentera / wanita tentera dan
juga kategori best Malaysia bagi
kategori lelaki dan wanita Malaysia. Begitu juga bagi kategori larian 10
kilometer. Untuk kategori 5 kilometer pula dikategorikan sebagai fun run. Dengan mengadakan pelbagai
kategori seperti ini adalah menarik minat ramai pelari-pelari untuk menyertai
program ini. Tidak lupa juga untuk pelari-pelari elit dari tentera mahupun awam, semestinya mereka mempunyai target
dan matlamat masing-masing untuk memenangi dalam acara tersendiri.
Pelepasan larian
Pelepasan
larian seawal pukul 5.00 pagi iaitu pelepasan pertama bagi larian 21 kilometer
untuk kategori lelaki dan wanita. Pelepasan ini telah dilepaskan oleh Mantan
Tentera Darat. Bagi pelepasan larian untuk 10 kilometer pula, larian ini
dilepaskan pada pukul 7.00 pagi bersama-sama kategori 5 kilometer. Pelepasan
larian bagi 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer amatlah menepati masa
yang bersesuaian mengikut cuaca dan keselesaan para pelari.
Semasa berlari
Track larian yang
disediakan oleh pihak urusetia untuk para pelari akan menarik minat mereka
untuk terokai Port Dickson dengan berlari ditepian pantai, sedikit trail dan 98 peratus road.
Timing chip
Dengan meletakkan timing chip disamping bib memberikan
janiman kepada para pelari dari segi ranking dan juga keputusan larian.
Walaubagaimanapun, sedikit masalah timbul bila mana sistem tidak memperbaharui
(updates) nama dan nombor baru berdaftar seminggu sebelum program. Ada juga
masalah timbul nombor pelari tidak dikenalpasti oleh system (non detect). Oleh
itu, sebelum acara ini berlangsung diwajibkan untuk scan dahulu nombor bib masing-masing ketika pengambilan nombor bib
bagi memastikan tiada masalah yang akan timbul bila hari kejadian.
Tempat-tempat
menarik
Terdapat banyak tempat menarik untuk bergambar sekitar
program seperti replica medal, banner
ATM Half Marathon berserta hashtag never
surrender. Tidak lupa juga tempat-tempat menarik sekitar Port Dickson bagi
mempromosikan Bandar Pelancongan.
Photographer
Photographer yang ditugaskan untuk mengambil gambar para
pelari sekitar larian 21 kilometer, 10 kilometer dan 5 kilometer sangat
professional kerana shoot yang
diambil ketika berlari sangat memuaskan tetapi sedikit mengecewakan shoot ketika di garisan penamat kerana garisan penamat sedikit kecelaruan. Yang
menarik pula, gambar-gambar larian boleh terus muat turun dalam laman web
Atmhalfmarathon.com dan terus dihantar ke facebook.
Garisan
penamat
Garisan penamat sememangnya mempunyai masalah kerana hanya
satu lorong sahaja untuk mereka memulakan larian dan juga menamatkan larian.
Ini kerana track larian mereka adalah
dengan membuat 2 pusingan dengan melalui lorong yang sama. Ini bermakna, lorong untuk penamat bercampur. Disini
seharusnya membuat 2 lorong untuk permulaan larian dan penamat.
Kesimpulan
Kesimpulannya, program ini perlu banyak diperbaiki seperti point yang telah disenaraikan.
Walaubagaimanapun, kita harus menyokong program seperti ini. Bukan hanya untuk
menjaga kesihatan sahaja, tetapi dapat mengeratkan lagi sifat bermasyarakat 1
malaysia dalam diri rakyat Malaysia. Seterunya, aktiviti seperti ini dapat
menggalakkan anak muda mahupun yang sudah berusia veteran menjaga kesihatan dan
saling menghormati sesame manusia. Selain itu, Port Dickson juga dapat
mempromosikan pelbagai tempat pelancongan kerana terdapat banyak tempat-tempat
menarik sekitar Port Dickson. Diharapkkan acara ini diadakan lagi untuk tahun
hadapan.Check result here
No comments:
Post a Comment